NasionalNegeri

Raja Muda lancar Sistem Bayaran Dalam Talian melalui lwww.maips.gov.my terkini

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah berkenan melancarkan Sistem Bayaran Dalam Talian melalui laman portal rasmi www.maips.gov.my yang terkini.

Sistem bayaran berkenaan adalah merupakan sebahagian daripada inisiatifnya selaras dengan Pelan Digitalisasi MAIPs 2023-2027 dan Pelan Strategik MAIPs 2021- 2025 selain penambahbaikan kepada sistem bayaran dalam talian sedia ada yang telah diperkenalkan oleh MAIPs sebelum ini yang hanya merangkumi perkhidmatan bayaran sumbangan zakat.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyerahkan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf sempena Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke 15 bagi tahun 2023 di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar.

Antara keistimewaan sistem berkenaan adalah turut meluaskan bayaran wakaf, sumber am, sedekah termasuk bayaran sewaan premis MAIPs selain turut dimantapkan dengan platform gerbang pembayaran dalam talian yang tidak hanya terikat kepada medium “fpx”, tetapi dikembangkan melalui sistem bayaran kad debit, serta melalui aplikasi “TouchNgo”, “GrabPay”, “Boost”, “DuitNow QR”, dan “Shoppe Pay”.

Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra sempena Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke 15 bagi tahun 2023 di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyerahkan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf sempena Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke 15 bagi tahun 2023 di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar.

Menyambut keberangkatan Baginda ialah Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif (CSO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Di majlis yang sama Raja Muda Perlis turut berkenan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 20 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyerahkan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf sempena Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke 15 bagi tahun 2023 di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar.

Masing-masing menerima RM400 dengan jumlah penuh disalurkan oleh MAIPs kali ini RM8,000. – SM

BACA Bank Rakyat perkenal e-Lelong Ar-Rahnu, platform lelongan secara dalam talian

BACA MyEG nafi kenakan bayaran secara haram baharui permit pekerja asing dalam talian

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button