Politik

Foto Najib bersama Azmin menyakitkan hati, kata Kadir Jasin

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu A. Kadir Jasin menyifatkan gambar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali sebagai menyakitkan hati.

Menurut Kadir banyak yang boleh ‘dibaca’ daripada gambar tersebut yang mengambarkan kemesraan antara Ahli Parlimen Pekan itu dengan bekas Timbalan Presiden PKR yang merupakan musuh politik satu ketika dahulu.

“Ungkapan Inggeris berkata, a picture tells a thousand words. Maksudnya apa yang kita tengok daripada sekeping gambar sama dengan cerita sepanjang seribu perkataan.

“Banyak lagi yang boleh dibaca daripada gambar yang menyakitkan hati ini tetapi memadailah kalau saya kata, amat buruk padahnya bagi sesiapa pun, termasuk Kehakiman, memperkecilkan “verdict” mahkamah pendapat umum,” kata Kadir.

Menurut Kadir daripada gambar  tersebut boleh dilihat betapa mesranya Najib dengan Azmin, ‘seolah-olah di wajahmu kulihat bulan’.

sarapan

Gambar tersebut juga seolah-olah mengambarkan Azmin tidak lagi berkecuali atau boleh berkecuali dalam perbicaraan kes jenayah berat Najib yang sedang berlangsung sekarang.

“Kita juga boleh baca dan bertanya adakah ini yang tergambar di fikirkan Hakim perbicaraan apabila dia bersetuju menangguhkan perbicaraan supaya Najib boleh berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Chini?” kata Kadir.

Kadir juga mendakwa, foto tersebut mengambarkan betapa berbezanya layanan sistem kehakiman negara terhadap orang ternama berbanding seorang rakyat biasa.

“Najib diberikan kelepasan untuk berkempen pilihan raya sedangkan si miskin secepat kilat disumbatkan ke dalam penjara.

“Hakim-hakim sering berkata, “justice is blind” dan keadilan tidak memilih warna tetapi orang kayangan macam Najib diberi masa untuk berkempen pilihan raya sedangkan ibu tunggal dipenjarakan 30 hari kerana langgar PKP.

“Hanya selepas mahkamah pendapat umum (the court of public opinion) mengutuk hukuman berat sebelah itu barulah hukumannya dipinda kepada denda,” kata Kadir.

Foto Najib bersama Azmin duduk semeja menarik perhatian warganet. Gambar yang dikongsi di Facebook rasmi Ahli Parlimen Pekan itu memperlihatkan kedua-dua mereka duduk semeja ketawa riang selepas makan.

Moment itu dirakamkan ketika mereka bersarapan di sebuah kedai di Kampung Kuala Mentiga yang terletak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini hari ini.

Pada 1 Julai lalu media melaporkan prosiding mahkamah membabitkan Najib yang didakwa menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB ditangguhkan.

Ia berikutan pasukan pembelaan memohon kepada Mahkamah Tinggi di sini supaya Ahli Parlimen Pekan dalam membantu dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata demikian selepas perbicaraan bermula di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan keesokan hari.

Prosiding yang dijadualkan sehingga jam 6 petang hari tersebut juga ditutup lebih awal bagi memberi ruang kepada Najib bagi memenuhi tugas berkanunnya selaku Ahli Parlimen.

Prosiding 1MDB disambung 15 Julai depan.-SM

 

 

(Visited 565 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button