Ekonomi

Apa nasib Serba Dinamik?

MEREKA yang banyak terlibat dalam saham dan penjualan atau pembelian saham pasti mengikuti rapat isu Serba Dinamik Holding Bhd yang minggu lepas, sahamnya merosot dan mengalami kerugian RM3 bilion.

Kemerotosan hampir 30 peratus kepada 79.5 sen sesaham berlaku apabila Serba Dinamik berhadapan dengan komflik dengan firma audit, KPMG PLC.

Begitulah yang dilaporkan oleh portal berita dagangnews.com minggu lepas dan untuk rekod, Serba Dinamik adalah sebuah syarikat perkhidmatan minyak dan gas serta kejuruteraan.

Serba Dinamik disenaraikan di bursa saham pada tahun 2017 dan KPMG pula dilantik sebagai audit luar syarikat sejak tahun 2013 .

Datuk Dr. Mohd. Abdul Karim Abdullah merupakan pemegang saham terbesar dalam Serba Dinamik iaitu dengan memiliki 26.93 peratus ekuiti dan sekali gus, beliau merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat.


Lain-lain yang berkepentingan dalam Serba Dinamik ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memiliki 10.15 peratus pegangan, diikuti Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) sebanyak 5.25 peratus pegangan.

Manakala Datuk Abdul Kadier Sahib yang memiliki 15.96 peratus yang menjadi pemegang saham kedua terbesar dalam Seba Dinamik merupakan pengarah bukan bebas bukan eksekutif.

Minggu lepas, Serba Dinamim memaklumkan bahawa ahli lembaga pengarah akan membuat keputusan minggu ini selepas menggantung dagangannya di Bursa Malaysia selama dua hari sebelum kembali ke papan utama kemudiannya.

Mohd. Abdul Karim dalam satu sidang akhbar  secara maya pada 29 Mei lalu memaklumkan, mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan meskipun juruaudit KMPG membangkitkan beberapa isu dalam audit yang dijalankan ke atas tahun kewangan Serba Dinamik bagi tahun 2020 (tahun lepas).

Menurut Mohd. Abdul Karim, lembaga pengarah bebas tidak terlibat dalam operasi harian syarikat dan mereka tidak berupaya untuk memberi penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh KPMG selaku juruaudit luar.

Senario yang melanda Serba Dinamik bermula pada pertengahan April lalu yang mana KPMG mula membangkitkan isu berkaitan audit syarikat bagi tahun kewangan 2020 kepada lembaga pengarah bebas tetapi pihak lembaga hanya menyedarinya pada 3 Mei iaitu sebelum syarikat memberi maklum balas pada 6 Mei.

Dalam erti kata lain, perkara yang dibangkitkan oleh juruaudit KPMG adalah berkaitan dengan pihak yang terlibat dengan Serba Dinamik, transaksi jualan, pemberi pinjaman, inventori dan kontrak.

Ternyata imej Serba Dinamik telah tercalar gara-gara apa yang dibangkitkan oleh juruaudit KPMG dan keputusan KPMG untuk menghentikan audit dan meminta diadakan tinjauan bebas untuk menilai kebenaran dan ketepata bagi perkara yang digariskan.

Justeru Serba Dinamik telah menyenarai pendek beberapa firma bebas antarabangsa untuk menilai kebenaran dan ketepatan perkara yang dibangkitkan oleh juruaudit KPMG PLC itu.

Majoriti mudah 50.01 peratus diperlukan agar usul dapat diluluskan dan Mohd. Abdul Karim berkata, KMPG akan kekal sebagai juruaudit luaran sekiranya undi yang diperlukan itu tidak tercapai.

Beliau menegaskan tiada isu pengesahan dan nilai kontrak seperti yang dibangkitkan oleh juruaudit luaran itu.

Serba Dinamik sentiasa meminta pelanggannya untuk terus membantu KPMG menerusi permintaan mereka, kata Mohd. Abdul karim dan menambah, mereka merasakan ini tidak adil untuk Serba Dinamik, pemegang saham dan pihak berkepentingan apabila juruaudit luaran itu mengambil tindakan sedemikian tanpa penglibatan lanjut dengan pihak pengurusan untuk melengkapkan audit itu. – SM

(Visited 6,193 times, 4 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button