Haiwan

Jerung hilang separuh badan masih mampu berenang

SEEKOR jerung masih mampu berenang walaupun sebahagian badan cedera teruk apabila diserang sekumpulan ikan jerung lain.

Seorang saintis dari Sepanyol, Dr Mario Lebrato, 35 sempat merakamkan kejadian tersebut yang berlaku di kedalaman dua meter di bawah permukaan Lautan Hindi.

Menurut Mario, kejadian jerung makan jerung perkara biasa tetapi sukar untuk didokumentasikan atau dirakam.

Pada mulanya, Mario dan anggotanya melepaskan seekor ikan jerung namun ikan jerung lain datang lalu menyerang ikan jerung yang baru dilepaskan itu.

Menurut Mario, ikan jerung yang menyerang itu terdiri daripada ikan jerung jenis bull yang mempunyai berat 300 hingga 400 kilogram.

Ikan jerung tersebut mengalami kecederaan teruk pada bahagian perut namun masih mampu berenang untuk menyelamatkan diri.

Namun, hampir 20 minit jerung itu bertahan sebelum ianya mati akibat kecederaan pada badanya itu. -SM

(Visited 572 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button