Politik

Pembangkang menunggang populariti, menangguk majoriti

HIRUK-PIKUK dan berkecamuk sidang Parlimen bukan tidak disengajakan. Ia adalah strategi pembangkang untuk bermain dengan persepsi.

Permainan persepsi itu tidak lain pastilah bagi melihat kerajaan hari ini adalah gagal dan para pemimpin DAP sangat garang dan agresif menyerang kerajaan.

Mereka sedar bahawa permainan di dalam media sosial pembangkang hanya di dalam gelanggang sendiri sahaja dan tidak sampai kepada majoriti rakyat.

Jadi apabila ia disiarkan secara langsung ke seluruh dunia, ia merupakan medan terbaik untuk mereka mengembalikan populariti dan menarik sokongan majoriti.

Pembangkang juga sedar jika pilihan raya jika diadakan pada minggu hadapan mereka tidak akan menang kerana populariti mereka menjunam selepas memerintah selama 22 bulan.

Ini perlu diperbaiki dan gelanggang parlimen adalah yang paling baik dipergunakan sepenuhnya.

DAP juga sedar bahawa penyokong mereka memang sukakan pemimpin yang garang menyerang kerajaan dan bukan membisu seperti pemimpin parti kaum Cina lain.

Perkara ini dikongsikan oleh penganalisis politik Datuk Saiful Bahar Arshad dalam program Sembang Panas! Jangan Koyak secara langsung di Facebook Suara Merdeka malam tadi.

Menurut Saiful Bahar, DAP sudah mempunyai simpanan tetap penyokong yang terdiri daripada kaum Cina dan sebahagian kaum India. Mereka kini hanya memerlukan sekitar 10 peratus sahaja dalam kalangan orang Melayu untuk menyokong mereka.

Selain bekerjasama dengan PKR, mereka disyaki juga menaja parti-parti kecil seperti Amanah, Muda dan Pejuang semata-mata untuk mendapatkan 10 peratus orang Melayu itu.

Sebab itu DAP sangat takut apabila orang Melayu bersatu di dalam Perikatan Nasional yang terdiri daripada UMNO, BERSATU dan PAS.

Kesatuan baharu ini akan menguatkan kerajaan dan menyaksikan buat pertama kalinya UMNO bekerjasama dengan PAS menghadapi pilihan raya.

Namun dek kerana kepentingan beberapa individu yang mementingkan diri sendiri telah berjaya menghasut dan mempengaruhi parti untuk membawa UMNO ke haluan lain dengan memusuhi kerajaan PN.

Saiful Bahar juga berpendapat situasi parlimen tidak akan berubah dan akan berterusan begini, selagi DAP tidak menjadi kerajaan.

(Visited 324 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button