Ekonomi

Mycar mengagihkan 1000 kit kepada penumpang KTM pulang beraya

SYARIKAT perkhidmatan e-hailing, MyCar mengagihkan hampir 1000 kit ramadan bagi para penumpang trip khas ELA yang akan pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Program ini merupakan tanggungjawab sosial korporat dari syarikat tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MyCar Datuk Noor Sheena Maideen dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin.


Selain itu, Program CSR MyCar turut mengagihkan kit Ramadan di beberapa lokasi antaranya di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) di Sepang baru-baru ini.

Menurut, Datuk Noor Sheena Maideen, setakat ini terdapat 60,000 pemandu berdaftar namun syarikat itu mahu mencari ramai lagi pemandu e-hailing yang berdaftar di syarikatnya itu memandangkan permintaan semakin tinggi.

Pelbagai promosi dan pelan pemasaran akan digerakkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat di negara ini mengenai perkhidmatan ditawarkan oleh MyCar sebagai penyedia perkhidmatan e-hailing milik anak tempatan.

“Sebagai contoh, kerjasama antara MyCar dan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang terjalin sejak 2018 lagi antara cara untuk memberi kemudahan kepada penumpang yang menggunakan kedua-dua perkhidmatan ini.

“Selain itu, kita juga tawarkan kod promo untuk penumpang yang ingin ke mana-mana stesen KTM dan kolaborasi bersama KTMB ini sekaligus dapat melonjakkan jenama MyCar sebagai syarikat e-hailing Bumiputera setanding perkhidmatan e-hailing yang lain dalam negara’’, jelasnya.

Aplikasi MyCar dibangunkan oleh muslim dan seratus peratus diusahakan oleh anak tempatan dengan menggunakan 100% kemahiran graduan kejuruteraan perisian tempatan dengan sasaran untuk menjadi salah satu pemain gig ekonomi yang utama di Malaysia.

Orang ramai boleh memuat turun aplikasi MyCar Passenger melalui Play Store dab App Store dan nikmati diskaun RM2 sehari sekali untuk perjalanan anda.

Artikle Berkaitan :>

Belanjawan 2024 Malaysia Madani pinggirkan 170,000 pemandu Teksi & Ehailing?

RM500 bantuan one-off untuk kakitangan kerajaan, pemandu ehailing

(Visited 34 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button