Sukan

Apa khabar Hafizh, pelumba Moto2 negara hari ini?

NASIB baik menyebelahi pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah, 26, yang terlibat dalam kemalangan di litar lumba di Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring, semalam.

Kalau ikutkan, melihatkan pada visual kemalangan, berderau rasa kerana moto yang ditunggang oleh Hafizh merempuh dan hancur motor yang terkena rempuhan.

BACA>>https://suaramerdeka.com.my/hafiz-ditimpa-kecederaan-pelvis/

Hafizh hanya mengalami kecederaan di pelvisnya tetapi beliau akui, masih merasai kesakitan pada kedua-dua belah kakinya selepas terbabit dalam kemalangan mengerikan semasa perlumbaan itu.

Bagaimanapun, pelumba pasukan Aspar itu lega apabila pasukan perubatan mengesahkan beliau tidak mengalami kecederaan serius pada bahagian badannya selepas kemalangan itu.

Buat masa ini, Hafizh menggunakan topang ketiak untuk membantu pergerakannya dan beliau berdoa agar pulih secepat mungkin dan berharap dapat menyertai perlumbaan hujung minggu ini (GP Styrian).

“Saya gembira apabila tiada kecederaan besar di badan saya, tetapi kemalangan itu sangat teruk. Saya masih merasa sakit pada kedua-dua belah kaki terutamanya kaki kiri,” katanya.

Dalam kejadian itu, Hafizh yang sedang memecut telah merempuh motosikal pendahulu kelas Moto2, Enea Bastianini yang berada di tengah-tengah trek.

Pelumba Itali itu hilang kawalan di selekoh pertama dan terjatuh bersama motornya dan dia berjaya bangkit dan berlari ke tepi trek bagi menyelamatkan diri dengan meninggalkan jenteranya di atas trek itu.

Kejadian berlaku dalam sekelip mata dan Hafizh gagal mengelak, telah merempuh moto pelumba Itali itu.

Perlumbaan seterusnya ialah Styrian GP dijadualkan diadakan di litar sama hujung minggu ini. – SM

 

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button