Agama

Raja Muda Perlis bersyukur MAIPs kekal prestasi tanpa teguran penyata kewangan

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan ucapan syukur dan mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) atas kejayaan mengekalkan pengiktirafan ‘Sijil Bersih Kewangan Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan MAIPs Tahun 2019’ daripada Ketua Audit Negara. Kejayaan ini mengekalkan prestasi cemerlang MAIPs untuk 8 tahun berturut-turut.

Selain itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis turut diiktiraf antara agensi kerajaan negeri Perlis yang telah berjaya mencatat 100% pencapaian sasaran H.R.M.I.S oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Demikian titah Tuanku Raja Muda menurut perutusan hebahan media yang disiarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis ketika baginda berkenan menyampaikan titah penutupan di Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bilangan 1 bagi tahun 2021 yang diadakan secara maya.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertuanya lagi, dari sudut penarafan ‘Sistem Pemantauan Laman Web dan Servis Kerajaan (SPLaSK)’, MAIPs juga telah berjaya mendapat penarafan 80.56% berdasarkan catatan Disember 2020 daripada Unit Pemodenan Tadbir Urus dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Hal ini berjaya mengangkat MAIPs untuk memberikan perkhidmatannya kepada rakyat secara umum.

Pada kesempatan yang sama baginda turut merakamkan setinggi tahniah kepada semua warga agensi bersama MAIPs yang terdiri daripada Jabatan Mufti, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAIPs), dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri atas kejayaan cemerlang sepanjang tahun 2020.

Demikian juga kejayaan yang telah dipamerkan oleh agensi di bawah MAIPs seperti Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) dan NGO One Center Malaysia Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut bertitah menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa menyokong dan mendokong padu terutamanya para penyumbang zakat, wakaf dan sumber am kepada MAIPs.

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button