Sukan

Cameron Smith juara golf terbuka British edisi 150

Pemain Australia Cameron Smith mengecewakan Rory McIlroy apabila muncul juara Terbuka British edisi ke-150 di St Andrews.

Smith mencatat pusingan 64 di bawah par untuk mengatasi pilihan Rory McIlroy yang memulakan hari terakhir sebagai pendahulu.

Namun McIlroy terlepas banyak peluang birdie untuk menjarakkan kedudukannya sebagai pendahulu di Old Course.

Smith pula yang bermula dengan empat pukulan di belakang McIlroy tenang menguasai lapangan golf tertua dunia itu termasuk melakukan lima birdie berturut-turut.

Ia adalah gelaran major pertama Smith selepas mencatat keseluruhan 20 bawah par 268, satu pukulan di depan Cameron Young dari Amerika Syarikat dan dua di depan McIlroy.

Catatan lapan bawah par di pusingan terakhir membolehkannya memenangi Claret Jug.

Pemain nombor enam dunia itu sedar dia perlu melakukan sesuatu yang istimewa untuk memenangi kejohanan major pertamanya, dan Smith melakukan lapan birdie – termasuk lima berturut-turut dari lubang ke-10 – tanpa tercicir sebarang pukulan.

(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button