Nasional

Apa itu haji akbar dan apa keistimewaannya ? Ini penjelasannya.

Hari Arafah atau hari wukuf merupakan kemuncak bagi ibadah haji. Sangat beruntung jemaah haji yang terpilih oleh Allah SWT untuk menunaikan haji pada tahun ini apabila Kerajaan Arab Saudi mengumumkan Hari Arafah jatuh pada hari Jumaat 8 Julai.

Ibadah haji tahun ini adalah istimewa bagi umat Muslim di seluruh dunia kerana haji 1443H/2022M kali ini tergolong sebagai haji akbar.

Apa sebenarnya haji akbar sehingga ia sangat dinantikan oleh umat Islam?

‘Haji akbar’ ini bermaksud, wukuf jatuh pada hari Jumaat. Wukuf adalah salah satu rukun haji yang perlu dilakukan oleh semua jemaah. Jika wukuf tidak dilaksanakan, maka ibadah haji jadi tidak sah.

Haji akbar adalah ibadah haji yang dianggap lebih istimewa kerana wukuf jatuh di hari Jumaat. Hari Jumaat itu sendiri dikenal sebagai hari yang baik dalam Islam.

Antara keistimewaan haji akbar adalah :
• Berkumpulnya dua hari yang merupakan hari terbaik.

• Hari Jumaat juga terdapatnya waktu doa dimakbulkan. Kebanyakan ulama berpandangan bahawa ia adalah saat terakhir selepas Asar dan orang yang berwukuf di Arafah semuanya berada di sana untuk berdoa dan memohon kepada Allah SWT.

• Rasulullah SAW juga mengerjakan haji dan berwukuf pada hari Jumaat.

• Manusia di seluruh dunia berkumpul di Arafah untuk mendengar khutbah dan melakukan solat Jumaat, ia bertepatan dengan perhimpunan jemaah haji di Padang Arafah. Di sini jua, umat Islam berkumpul di masjid-masjid mereka dan berdoa kepada Allah, yang mana ia tidak berlaku pada hari selain Jumaat.

• Hari Arafah merupakan hari raya bagi mereka yang berada di Arafah kerana mereka berkumpul di sana, dan dimakruhkan bagi mereka untuk berpuasa tidak seperti orang di kawasan lain.

• Ibadah yang dilakukan oleh umat Islam pada hari Jumaat dan malam Jumaat adalah lebih baik dari yang dilakukan pada hari-hari yang lain.

Disebabkan kemulian dan kebesaran hari Jumaat di sisi Allah, dan Allah jualah yang telah memilih hari Jumaat berbanding hari-hari yang lain, maka tidak dapat diragukan lagi bahawa berwukuf di Arafah pada hari Jumaat ini adalah lebih baik berbanding hari-hari lain.

(Visited 3,379 times, 4 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button