Hiburan

Elyana enggan ulas tentang isu buka tudung, dakwa hanya mahu cari ketenangan jiwa

Tindakan Elyana yang sebelum ini bertudung semasa bertarung dengan kanser dan kembali tidak mahu menutup aurat setelah sembuh mengundang pelbagai spekulasi.

Usaha untuk mengorek cerita ‘hidayah’ yang lalui penyanyi itu sehingga sanggup kembali melanggar perintah Allah SWT gagal kerana Elyana enggan mengulas mengenainya.

Walau bagaimanapun, Elyana sedar namanya sudah buruk dan lantaran itu, dia kononnya mengambil pendekatan untuk menjaga dirinya terlebih dahulu.

“Pelbagai cerita tidak masuk akal timbul. Demi menjaga jiwa saya, saya tidak mahu mengulas apa-apa. Dalam hidup saya tidak pernah ada kekesalan. Ini adalah proses kehidupan.

“Setiap hari saya impikan kehidupan yang baik untuk jiwa saya. Sebelum ini saya terlalu fikirkan pasal orang namun sering terlupa pasal diri sendiri. Jadi saya akan buat apa yang saya rasa akan buat, baik buruk saya sendiri akan tanggung,” katanya.

Dalam erti kata lain, sekiranya tindakannya ini jelas mendatangkan murka Allah SWT, dia sedia untuk berdepan dengan azab neraka dan pelatun lagu Kalis Rindu  juga meminta netizen menerima keadaan dirinya sekarang.

“Inilah saya. Jika anda boleh menerima saya, Alhamdulillah (Ada tanya diri Allah SWT terima atau tidak?). Jika tidak, saya juga tidak boleh buat apa-apa,” luahnya.

Terdahulu, Elyana mengejutkan para peminat bahawa dia menghidap kanser limfoma tahap empat namun selepas beberapa tahun, penyanyi itu mendapatkan rawatan susulan kanser tersebut dan kini beransur pulih.

(Visited 512 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button