Hiburanpilihan

Apa dosa Atikah Suhaime berumur 31 tahun dan nampak masih muda?

Topik mengenai ‘umur’ agak sensitif bagi segelintir individu terutama golongan wanita.

Di TikTok, pelakon kelahiran Singapura iaitu Atikah Suhaime memuat naik satu video berhubung topik tersebut.

Menerusi rakaman tersebut, memaparkan Atikah Suhaime sedang meluahkan perasaan pelik dengan sikap sesetengah orang apabila bertemunya pasti akan mengatakan dia masih nampak muda.

Meskipun baru berusia 31 tahun, Atikah turut menyifatkan adakah dirinya perlu kelihatan seperti ‘makcik-makcik’ kerana umurnya sedemikian.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui umur Atikah Suhaime.


Bukan itu sahaja, ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama mengenai isu usia mereka yang 30-an tetapi ditegur seolah-olah sudah tua.

(Visited 136 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button