Politik

Keahlian Bersatu ‘lima serangkai’ sah gugur

KEAHLIAN kelima-lima pemimpin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah terhenti bukannya dipecat.

Hal demikian dijelaskan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang memaklumkan keahlian mereka terhenti secara automatik akibat melanggar perlembagaan parti.

BACA > Tun yakinlah ketentuan Allah, reda orang lain pula memimpin — Suara Merdeka

Kelima-lima pemimpin itu adalah, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr. Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut Hamzah, notis pemberhentian itu diberikan kepada mereka selaras dengan Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu.

“Saya ingin tegaskan bahawa kelima-lima mereka tidak dipecat daripada parti, tetapi keahlian mereka telah terhenti kerana melanggar perlembagaan parti.

“Ini adalah berlandaskan perlembagaan parti kerana kepentingan parti adalah lebih utama dari mana-mana individu,” katanya di ibu pejabat parti di bangunan Yayasan Selangor, Petaling Jaya, hari ini.

Beliau demikian mengulas isu pemecatan mereka selepas surat yang ditujukan kepada mereka tular dalam media sosial semalam.

BACA > Lima serangkai mahu Bersatu kembali ke landasan — Suara Merdeka
BACA > Armada Pulau Pinang sangkal pemecatan lima pemimpin — Suara Merdeka

Dalam pada itu Hamzah turut menjelaskan, Lembaga Disiplin parti menerima banyak aduan mengenai salah laku mereka.

SETIAUSAHA KERJA
DATUK SERI HAMZAH ZAINUDIN mengadakan sidang akhbar di ibu pejabat Bersatu dekat bangunan Yayasan Selangor di Petaling Jaya, hari ini. – SM

Bagaimanapun, menurutnya tindakan tidak boleh diambil Lembaga Disiplin kerana sudah tidak relevan ekoran keahlian terhenti.

“Perkara di atas tidak lagi relevan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin apabila kedudukan keahlian mereka terhenti.

“Tiada sesiapa mengatasi undang-undang apabila parti mempunyai perlembagaannya sendiri,” jelasnya.

Terdahulu, ‘lima serangkai’ itu mempertikai surat pemecatan yang ditandatangani Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya.

Menurut mereka, kedudukan dan jawatan Muhammad Suhaimi adalah tidak diiktiraf oleh perlembagaan parti.

BACA > Tun M lucut jawatan Muhammad Suhaimi sebagai SUK Bersatu — Suara Merdeka
BACA > Pemecatan Setiausaha Kerja Bersatu tidak sah — Suara Merdeka

Oleh demikian, ‘Setiausaha Agung’ Senator Datuk Marzuki Yahya mengeluarkan satu surat ‘memecat’ Muhammad Suhaimi daripada parti. – SM

(Visited 194 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button