Luar Negara

Adik tertembak mati kakak guna pistol buatan sendiri

SEORANG budak lelaki tertembak mati kakaknya yang berumur 14 tahun menggunakan salah satu senjata api buatan sendiri.

Menurut Pejabat Syerif Douglas County, Georgia, Amerika Syarikat, budak lelaki yang berusia 13 tahun tersebut kini ditahan.

Siasatan awal mendapati budak lelaki tersebut membuat dan menjual apa yang dipanggil sebagai ‘ghost guns’.

Ketika kejadian, dua individu telah datang ke rumah keluarga itu di Douglasville untuk membeli pistol yang dibuat oleh remaja itu, pada 27 November lalu, menurut Sheriff Daerah Douglas, Tim Pounds.

“Namun, dua individu tersebut mencuri pistol dan cuba melarikan diri dari tempat kejadian.

“Remaja lelaki itu kemudian menembak kearah kedua-dua individu tersebut tetapi sebaliknya tembakan itu terkena pada kakaknya, Kyra Scott yang berada di situ.

“Kyra segera dibawa ke hospital namun dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami,” katanya.

Pihak berkuasa telah menahan adik Kyra dan Yusef Jabryil McArthur E, salah seorang individu yang mencuri senjata api daripadanya.

Pejabat Sherif dalam satu kenyataan berita berkata, remaja lelaki yang berusia 13 tahun itu telah mengaku melakukan tembakan itu dan telah didakwa dengan pertuduhan jenayah.

MCArthur El pula telah didakwa atas kesalahan rompakan dan pertuduhan jenayah manakala seorang lagi individu yang mencuri senjata api itu masih dicari oleh pihak berkuasa.-SM

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button