Nasional
Trending

PM umum pakej Prihatin Tambahan RM10 bilion untuk majikan, PKS

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin me ngumumkan tambahan RM10 bilion bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau ‘Prihatin Tambahan’ untuk mengurangkan bebanan majikan dan perusahan kecil dan sederhana (PKS)

Peruntukan bagi program subsidi upah dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion.

Di bawah inisiatif tambahan ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dengan syarikat mempunyai lebih 200 pekerja akan menerima subsidi RM600 bagi setiap pekerja tidak lebih 200 orang.

Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.

Syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja.

“Bantuan ini adalah untuk selama 3 bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan mendaftar dengan 4 Perkeso.

“Justeru, kira-kira 4.8 juta pekerja dijangka akan  mendapat manfaat daripada inisiatif ini,” kata Muhyiddin dalam pengumuman khas sebentar tadi.

BACA

Muhyiddin turut mengumumkan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion untuk syarikat PKS mikro yang berkelayakan

Menurut Muhyiddin, Kerajaan akan menyediakan Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.

PKS mikro tersebut perlu berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menikmati kemudahan tersebut.

Muhyiddin berkata, sebaik sahaja PRIHATIN diumumkan, saya telah terima banyak maklum balas daripada orang ramai. Ramai yang bersetuju dan menyambut baik pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan.

“Tetapi saya juga menerima maklumbalas daripada persatuan-persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana dan juga perniagaan kecil atau mikro yang meminta kerajaan meneliti semula manfaat yang mereka terima dalam pakej rangsangan ekonomi tersebut.

“Saya terima surat, memorandum dan juga pandangan daripada banyak pihak. Ini termasuk Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, USAHANITA dan banyak lagi.

“Rata-rata memberi pandangan bahawa perniagaan mereka amat terjejas dan mereka memerlukan bantuan tambahan daripada kerajaan.

“Saya sedar bahawa PKS merupakan tunjang utama ekonomi negara. Sektor ini menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di negara ini dan hampir 40 peratus kepada ekonomi.

“Oleh itu, adalah penting kita pastikan sektor PKS dapat terus cekal dan mampan dalam menghadapi tekanan dan cabaran ekonomi yang melanda kita semua pada waktu ini,” katanya.-SM

(Visited 254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button