Uncategorized

Anwar, Wan Azizah selesai menghadap Agong

DATUK Seri Anwar Ibrahim bersama Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail selesai enghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Presiden PKR dan Timbalan Perdana Menteri mengambil masa kira-kira 45 minit.

Permohonan menghadap itu ekoran perkembangan politik terkini terutama selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Anwar dan Wan Azizah dilihat masuk ke Istana Negara menaiki kereta Proton Perdana secara berasingan.

Mereka memasuki pekarangan Istana Negara melalui Pintu 2 pada pukul 2.30 petang sebelum keluar pada kira-kira pukul 3.15 petang.

 

(Visited 442 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button