Nasional

Rabbi mahu jasad mubaligh Kristian dipindahkan dari kubur Yahudi

SEORANG Ketua Rabbi di Israel, David Lau mahu “setiap usaha” harus dilakukan untuk menggali jasad seorang mubaligh Kristian yang baru-baru ini dikebumikan di sebuah perkuburan Yahudi di Jerusalem untuk dipindahkan ke tempat lain.

Mubaligh wanita bernama Amanda Elk dikebumikan di ruang perkuburan bertingkat di perkuburan Yahudi kerana pada waktu itu masyarakat mempercayai merupakan penganut agama Yahudi pada masa itu.

Memetik laporan The Jerusalem Post, undang-undang Yahudi melarang orang Yahudi dikebumikan bersama orang bukan Yahudi.

Isu timbul selepas suami Amanda, Michale Elk enggan mengizinkan jasad Amanda digali dan dikuburkan ditempat lain.

Michale merupakan mubaligh Kristian Mesianik dan berpura-pura menganut agama ultra-Ortodoks Yahudi di French Hill, Jerusalem selama sekurang-kurangnya lima tahun.

Michael memperoleh pentahbisan sebagai rabbi Yahudi secara dalam talian dan berpura-pura menjadi seorang rabbi dan bertugas sebagai jurutulis dan memberikan perkhidmatan keagamaab kepada anggota masyarakatnya.

Amanda meninggal pada bulan Februari lalu. Oleh kerana pada saat kematian Amanda Michael masih berpura-pura menjadi Yahudi, dia telah menguburkan isterinya di tanah perkuburan bertingkat untuk penganut Yahudi di Jerusalem.

Dalam surat yang diterbitkan kepada ketua masyarakat pemakaman yang beroperasi di tanah perkuburan, David mengatakan bahawa penyelesaian yang ideal adalah dengan menggali mayat Amanda dan mengebumikannya di tanah perkuburan bukan Yahudi.

“Ini adalah wanita bukan Yahudi yang berpura-pura menjadi wanita ultra-Ortodoks, dan mubaligh, dan bahkan berusaha memurtadkan orang dari agama Yahudi,” tulis David.

“Untuk menghormati orang Yahudi yang membeli plot perkuburan untuk dikebumikan dalam plot Yahudi dan dikuburkan sesuai dengan keinginan ini, setiap usaha harus dilakukan untuk mengeluarkannya [Amanda] ke plot bukan Yahudi,” kata ketua rabbi tersebut.

David berkata, jika pengalian jasad Amanda tidak boleh dilakukan maka pagar harus didirikan di kubur Amanda. Namun tidak jelas bagaimana hal itu dapat dilakukan memandangkan plot pengkebumian bertingkat itu turut mengebumikan wanita Yahudi dalam lubang yang sama.

Dalam situasi serupa beberapa tahun yang lalu di Rishon L’Tzion, Mahkamah Tinggi telah menolak untuk membenarkan seorang Kristian digali dari kuburnya.

Komen David datang setelah keputusan lengkap yang diterbitkan pada awal bulan Jun oleh Rabbi Shlomo Shraga, ketua “Baruch She’amar” yeshiva dan hakim rabbi terkenal Rabbi Baruch Shraga, yang juga memutuskan bahawa lebih baik menggali jasad Amanda dan memindahkannya ke plot bukan Yahudi.

Shraga memutuskan bahawa sejak Mahkamah Tinggi telah menjelaskan bahawa tidak mungkin dalam kes seperti itu untuk menggali orang bukan Yahudi, orang Yahudi yang dikebumikan dalam plot yang sama harus digali dan dikuburkan semula. Ketua Rabbi Yitzhak Yosef menyokong keputusan Shraga.-SM

(Visited 437 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button