Uncategorized

SIAPA BERADA DI KEADAAN BOLEH MENANG DI MELAKA

⚜️⚜️⚜️
*KEDUDUKAN TERKINI PILIHANRAYA NEGERI MELAKA.*

 

24 Oktober 2021.
Jalan Parameswara,
Kota Melaka.
Oleh : Saiful Bahar.

Semalam saya terkejut membaca tulisan daripada Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor yang memperkatakan beliau terbaca di satu media portal bahawa Perikatan Nasional (PN) menuntut untuk bertanding di 13 kerusi di PRN Melaka.

Bermakna BERSATU tuntut untuk bertanding 8 kerusi.

Dan PAS bertanding 5 kerusi. Jumlah 13 kerusi sebagai syarat untuk bekerjasama dengan UMNO dan BN.

Ini juga bermaksud kononnya UMNO tinggal hanya 6 kerusi majoriti Melayu. Manakala katanya, 9 lagi kerusi Majoriti bangsa Cina.

Jumlah bilangan kerusi Majoriti Melayu di katakan sebanyak 19 kerusi.

Ketua Penerangan BN Selangor itu juga menuduh tuntutan ini tidak munasabah, bongkak dan tamak.

*REALITI KEDUDUKAN POLITIK DI NEGERI MELAKA.*

Agak mengecewakan apabila seorang anak Melayu lulusan Harvard menulis tanpa melihat kepada fakta ataupun angka-angka yang benar serta tepat.

Tulisan beliau hanya berupa provokasi dan ingin membawakan persepsi yang buruk terhadap TS Muhyiddin Yassin, BERSATU serta PAS sebagai satu Parti Politik Melayu yang sombong dan bongkak.

Realitinya, angka-angka ini semuanya salah belaka. Cerita sebenarnya begini. Kita tengok angka dahulu.

*PERATUS PENGUNDI MELAYU DAN CINA DI KERUSI-KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA :*

*DUN N.1 : Kuala Linggi.*
Melayu = 74 % peratus.
Cina = 22 %.

*N.2 : Tanjung Bidara.*
M = 94 %.
C = 4 %.

*N.3 : Ayer Limau.*
M = 91 %.
C = 4 %.

*N.4 : Lendu.*
M = 78 %.
C = 16 %.

*N.5 : Taboh Naning.*
M = 80 %.
C = 12 %.

*N.6 : Rembia.*
M = 67 %.
C = 19 %.

*N.7 : Gadek.*
M = 61 %.
C = 22 %.

*N.8 : Machap Jaya.*
M = 45 %.
C = 39 %.
I = 14 %.

*N.9 : Durian Tunggal.*
M = 69 %.
C = 22 %.
I = 8 %.

*N.10 : Asahan.*
M = 64 %.
C = 22 %.
I = 11 %.

*N. 11 : Sungai Udang.*
M = 80 %.
C = 8 %.
I = 3 %.

*N. 12 : Pantai Kundor.*
M = 80 %.
C = 17 %.

*N.13 : Paya Rumput.*
M = 62 %.
C = 29 %.
I = 7 %.

*N. 14 : Klebang.*
M = 67 %.
C = 30 %.

*N. 15 : Pengkalan Batu.*
M = 65 %.
C = 28 %.
I = 5.

*N. 16 : Ayer Keroh.*
M = 41 %.
C = 49 %.
I = 8 %.

*N. 17 : Bukit Katil.*
M = 65 %.
C = 30 %.
I = 4 %.

*N. 18 : Ayer Molek.*
M = 88 %.
C = 7 %.
I = 4 %.

*N.19 : Kesidang.*
M = 37 %.
C = 57 %.
I = 4 %.

*N. 20 : Kota Laksamana.*
M = 17 %.
C = 79 %.
I = 3 %.

*N. 21 : Duyong.*
M = 61 %.
C = 33 %.
I = 4 %.

*N. 22 : Bandar Hilir.*
M = 13 %.
C = 76 %.
I = 5 %.

*N. 23 : Telok Mas.*
M = 74 %.
C = 23 %.
I = 2 %.

*N. 24 : Bemban.*
M = 62 %.
C = 21 %.
I = 16 %.

*N. 25 : Rim.*
M = 67.
C = 19.
I = 13.

*N. 26 : Serkam.*
M = 90 %.
C = 6 %.
I = 3 %.

*N. 27 : Merlimau.*
M = 70 %.
C = 17 %.
I = 11 %.

*N. 28 : Sg. Rambai.*
M = 84 %.
C = 13 %.
I = 2 %.

*JUMLAH KERUSI MAJORITI MELAYU MELEBIHI 50% DI MELAKA IALAH :*
23 Kerusi DUN.
Bukannya : 19.

*JUMLAH KERUSI MAJORITI BANGSA CINA & INDIA DI MELAKA IALAH :*
5 kerusi sahaja.
Bukannya : 9 kerusi.

*KHABAR BERITANYA, CADANGAN KERJASAMA POLITIK PEMBAHAGIAN KERUSI DI MELAKA ADALAH SEPERTI BERIKUT :*

Di cadangkan :

*UMNO BERTANDING :*
13 kerusi DUN majoriti Melayu.

*BERSATU (PN) BERTANDING :*
7 kerusi DUN majoriti Melayu.

*PAS (PN) BERTANDING :*
2 kerusi DUN majoriti Melayu.

*MCA & MIC (BN) BERTANDING :*
6 kerusi DUN.

*JUMLAH KERUSI UNTUK BN = 19 KERUSI.*

*JUMLAH KERUSI UNTUK PN = 9 KERUSI.*

Agak munasabah dan adil.

UMNO mempertahankan kesemua kerusi-kerusi yang mereka menang pada PRU ke 14.

Dengan formula ini, dijangkakan 13 + 7 + 2 = boleh menghasilkan kemenangan untuk BN & PN = 22 kerusi DUN Melaka.

Seterusnya dengan kerjasama politik BN & PN, di jangka BN & PN boleh terus menubuhkan Kerajaan Negeri yang baru dan memerintah Negeri Melaka.

*DI BERITAKAN, CADANGAN INI TIDAK DI TERIMA OLEH UMNO. UMNO MAHUKAN :*

*UMNO BERTANDING :*
16 kerusi majoriti Melayu.

*UMNO MAHU BAGI BERSATU :*
Tanding 2 kerusi majoriti Melayu.

*UMNO MAHU BAGI PAS :*
Tanding 2 kerusi majoriti Melayu.

*UMNO MAHU BAGI MCA & MIC DARI BN :*
Tanding 8 kerusi.

Tidak di persetujui oleh Parti BERSATU dan PAS.

*REALITI POLITIK.*

Realiti politiknya, sekiranya rundingan di jalankan secara baik, adil dan saksama, BN & PN di jangka boleh dengan mudah menang = 22 kerusi di PRN Melaka dan terus memerintah semula.

Tetapi, sekiranya BN & UMNO tetap mahu pergi Solo tanpa Gabungan Kerjasama Politik yang mantap, tiada Gurantee yang UMNO akan dapat mempertahankan 13 kerusi DUN mereka sekarang.

DAP di jangka akan menang kesemua 5 kerusi Campuran Majoriti Cina & India.

Oleh yang demikian, PKR dan AMANAH perlu mencari hanya 10 kerusi lagi untuk kembali memerintah Negeri Melaka.

Ini Realiti Politik Negeri Melaka sebenarnya.

Tidak perlulah, pihak lain yang tidak mempunyai fakta atau angka, mahu mengembar gemburkan keadaan, seolah-olah Perikatan Nasional ini, satu Rakan Politik Barisan Nasional yang amat jahat, sombong dan bongkak.

Ini semua *PERSEPSI SALAH DAN BERNIAT JAHAT.*

Ketika ini, Perikatan Nasional masih lagi menjadi *RAKAN KONGSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DI PUTRAJAYA.*

Kita masih ada masa, Hari Percalonan PRN Melaka pada 8hb. November, masih ada masa untuk rundingan di lakukan, demi masa depan Orang-Orang Melayu di Melaka.

*MELAYU PERLU BERSATU.*

*SALAM.*

(Visited 411 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button