Politik

PRN: Ahli UMNO hilang kepercayaan terhadap Presiden

PRN kali ini sebagai referundum dan pungutan suara tidak percaya

AHLI UMNO mengakui hilang kepercayaan terhadap Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana beliau menjadikan UMNO seolah-olah milik individu dan sesiapa sahaja yang menyuarakan pendapat bertentangan.

Demikian dakwaan Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz yang disuarakan melalui kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan berlangsung pada 12 Ogos, bulan depan, dipandang sebagai referendum dan pungutan suara tidak percaya terhadap Presiden parti.

Ini disebabkan oleh pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang kecoh pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu.

Oleh itu, kata  Syed Muhammad Imran menerusi kenyataannya, proses pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden perlu dilakukan secepat mungkin selepas usul tambahan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dilihat sebagai ‘kebenaran khas’ untuk Ahmad Zahid mengekalkan jawatan.

Semua ahli dan penyokong Datuk Seri Najib Razak atau Bossku, dakwa Syed Muhammad Imran lagi, menzahirkan sokongan mereka kepada Perikatan Nasional (PN) pada PRN ini.

“Mari kita jadikan PRN ini sebagai referendum dan pungutan suara tidak percaya kepada Ahmad Zahid,” katanya.

Beliau berharap kepimpinan PN akan menyambut tangan mereka untuk bersama.

“Kami sudah tidak selesa lagi apabila Ahmad Zahid yang berterusan mempergunakan kami untuk menyokong beliau dengan menunggang nama Datuk Seri Najib,” ujar beliau.

Syed Muhammad Imran turut berharap agar PN dapat membawa semula kesatuan ummah dan menolak penguasaan DAP yang merupakan musuh tradisi UMNO. – SM

BACA UMNO kekal milik Zahid sebagai Presiden, tidak goyang dengan pemilihan parti

BACA 30 Ogos keputusan boleh atau tidak cabar jawatan dua tertinggi UMNO

(Visited 131 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button