Nasional

Kes rogol babitkan rakan ADUN: Kertas siasatan sedang disiapkan

POLIS dalam proses melengkapkan kertas siasatan kes rogol dikaitkan dengan rakan kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, ia dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya minggu ini.

“Kita sudah panggil ramai saksi untuk direkod keterangan berhubung kes ini.

“Polis berharap kertas siasatan kes itu dapat dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini..

Siasatan itu ekoran seorang wanita telah membuat laporan polis pada 7 Disember tahun lalu, mendakwa dirogol seorang rakan ADUN.

Bertindak atas laporan itu, polis menahan dua suspek disyaki terbabit kejadian itu pada keesokannya, namun kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – SM

(Visited 226 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button