NasionalPolitik

Anwar perlu timbalan yang lantang, bukan pak turut – Rafizi

NAIB  Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ahli parti itu perlu memilih timbalan presiden yang tidak hanya bertindak sebagai pak turut kepada presiden.

Rafizi, yang bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti akan datang, berhujah bahawa Presiden Parti Datuk Seri Anwar Ibrahim memerlukan seorang timbalan yang agresif dan berkesan dalam menjalankan tugasnya.

Ini, katanya, termasuk menyumbang idea walaupun idea itu bercanggah dengan pendirian presiden.

“Itu betul-betul peranan yang perlu dimainkan oleh timbalan presiden, bukan seseorang yang bersifat yes-man,” katanya.

“Melaksanakan perintah presiden tidak sepatutnya menjadi fungsi timbalan presiden. Seorang presiden tidak seharusnya menjadi orang yang perlu memberikan semua idea, melakukan semua kerja berkempen, atau yang turun padang sepanjang masa. Manakala timbalan presiden berada di belakang dan memastikan semua orang kesetiaannya kepada presiden. Itulah yang sebenarnya berlaku pada masa ini.”

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan penganalisis politik P Sivamurugan pada akhir perbahasannya dengan setiausaha agung parti Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Debat itu dianjurkan oleh Sinar Harian.

Sivamurugan, yang merupakan seorang daripada beberapa penganalisis yang dijemput untuk mengemukakan soalan, telah bertanya sama ada Anwar, pada usianya, perlu diganti atau sama ada beliau masih relevan.

Rafizi berkata: “Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum lalu yang diketuai oleh ahli politik tertua di negara ini untuk kerusi perdana menteri.” Beliau merujuk kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rafizi seterusnya berkata: “Umur Anwar tidak boleh dipertikaikan, tetapi beliau memerlukan seorang timbalan yang lebih agresif, lebih pantas, cekap, tangkas dan kreatif dalam berkempen, serta seseorang yang lebih muda – terutamanya apabila kita berhadapan dengan sebahagian besar asas pengundi yang terdiri daripada golongan belia.”

Beliau berkata gabungan presiden yang matang, berpengalaman dan timbalan presiden yang lebih muda yang “tangkas” akan membantu meningkatkan keyakinan pengundi. – SM

(Visited 343 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button