NasionalPendidikanpilihan

320 Graduan diiktiraf sempena Majlis Konvokesyen CILTM

MAJLIS Konvokesyen The Chartered Institute of Logistics and Transport Malaysia (CILTM) telah diadakan pada 18 November 2023 lalu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). CILT ialah organisasi keahlian global yang terkemuka untuk pekerja dalam industri rantaian bekalan, logistik dan industri pengangkutan.

Peperiksaan Kelayakan Institut adalah kelayakan pengangkutan profesional dan logistik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan standard pendidikan tinggi.

Konvokesyen CILTM memberi pengiktirafan kepada graduan yang tamat pengajian dan beberapa alumni dari universiti, kolej, dan persatuan profesional Malaysia di seluruh negeri.

Seramai 320 graduan akan menerima keahlian gred MILT tahun ini, 117 profesional termasuk pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Kor Perkhidmatan Diraja akan dianugerahkan gred CMILT, dan 27 menerima gred FCILT.

Majlis itu telah disempurnakan oleh Chief Teete Owusu-Nortey, Presiden Pilihan CILT Antarabangsa (2024) dan Ahli Majlis Tertinggi CILTM. Menurut Prof Ts. Dr Muhammad Zaly Shah FCILT, CILTM telah dilantik sebagai Rakan Strategik Kementerian Pendidikan Tinggi dan Badan Peneraju Perindustrian Negara (ILB) bagi Sektor Logistik dan Pengangkutan.

Ini adalah pelantikan eksklusif oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPS), di bawah Kementerian Sumber Manusia yang bertujuan untuk menyokong aspirasi negara untuk membangun dan meningkatkan kemahiran kecekapan dan keupayaan kakitangan yang bekerja dalam Logistik dan Pengangkutan di Malaysia.

CILT membawa manfaat dan kelayakan antarabangsa dengan piawaian daripada organisasi antarabangsa yang telah memegang Piagam Diraja sejak 1926. Graduan CILT diiktiraf secara global oleh industri logistik dan pengangkutan di 39 negara komanwel di seluruh dunia. – SM

Artikel berkaitan > Pelajar ISM mampu hasil jualan RM260,000 setahun

 

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button