Politik

Anwar minta penyokong, pembantah Zuraida bersurai

PRESIDAN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kumpulan yang hadir dan berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat bagi menyokong atau membantah pemecatan Zuraida Kamaruddin untuk bersurai.

Anwar dalam satu kenyataan berkata, tindakan kedua-dua kumpulan tersebut tidak akan mempengaruhi keputusan Lembaga Disiplin parti malah mereka mungkin akan diambil tindakan.

“Tindakan menyokong atau membantah di mana-mana lokasi juga sama sekali tidak akan mempengaruhi Lembaga Disiplin yang harus memutuskan sebarang keputusan secara bebas.

“Lembaga Disiplin akan diminta memantau tindakan anggota-anggota parti yang melanggar arahan tersebut,” kata Anwar dalam satu kenyataan.

Suasana di hadapan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini kecoh dengan kehadiran dua kumpulan masing-masing menyokong dan mendesak Naib Presiden parti itu dipecat .

Teriakan ‘Kami sokong YB Zuraida’ , ‘pecat Zuraida’ dan ‘pecat geng Kartel’ memenuhi suasana di hadapan ibu pejabat PKR itu.

Walaupun hujan lebat, kedua-dua kumpulan hampir bertembung sesama sendiri di hadapan pejabat dan berjaya disekat pegawai polis yang membuat kawalan keselamatan.

Khabar angin pemecatan Zuraida bertiup kencang selepas menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu didakwa menghina ahli parti dan mendedahkan butiran perbualannya dengan Anwar.  Sebanyak 11 Pengerusi PKR negeri telah bersuara agar  Zuraida dipecat daripada parti itu-SM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button