fbpx
Politik

Anwar layak jadi PM-9 – ADUN Paya Jaras

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim layak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-9.

Khairuddin yang juga merupakan Exco Negeri Selangor berkata, kenyataannya itu berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Anwar pada sidang medianya 23 September lalu.

Pada sidang media itu, Anwar menyebut bahawa beliau perolehi cukup bilangan sokongan.

“Saya berpandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim layak menjadi Perdana Menteri ke-9 berdasarkan sidang media beliau yang menyebut, beliau perolehi cukup bilangan sokongan,” kata Khairuddin kepada SUARA MERDEKA hari ini.

Beliau berkata, sekiranya benar bilangan Ahli Parlimen yang menyokong Anwar, maka tiada sebab mengapa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri.


“Sekiranya benar bilangan, maka formula yang sama mesti diterima pakai apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7,” ujar Khairuddin.

Khairuddin berkata, tidak timbul unsur coup atau rampasan kuasa oleh Anwar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Walaupun ada yang berpandangan skeptikal sejurus Anwar mengumumkan beliau memperoleh cukup sokongan dan menyakinkan daripada Ahli-Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu, ada yang beranggapan, itu cenderung ke arah penggulingan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Khairuddin dengan tegas berkata, “Tidak ada coup. Ia adalah proses demokrasi yang sama berlaku sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri ke-8, mengambil jawatan Perdana Menteri dulu.”

Hari ini, Anwar Ibrahim memberitahu bahawa beliau mendapat perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di istana pada Selasa depan.

Terdahulu, Anwar dikatakan sepatutnya menghadap yang di-Pertuan Agong tetapi tidak kesampaian kerana kesihatan baginda  tidak mengizinkan. – SM

(Visited 3 times, 3 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button