Nasional

Caj perubatan pula naik?

SEMALAM Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa Kabinet sebulat suara bersetuju memansuhkan kawalan fi perundingan bagi fasiliti perubatan dan kesihatan swasta.

Berikutan langkah kerajaan itu katanya, orang ramai akan mempunyai kuasa memilih fasiliti swasta yang menawarkan perkhidmatan kesihatan berkualiti pada harga berpatutan.

“Dengan pemansuhan kawalan fi perundingan, pengamal perubatan dan pengamal pergigian swasta akan dapat menentukan kadar fi perundingan dikenakan ke atas pesakit mereka.

“Pesakit pula boleh menilai dan membuat keputusan awal jika fi perundinfan yang dikenakan adalah berpatutan.

“Pemansuhan kawalan fi perundingan ini akan  memperkukuhkan lagi kuasa pilihan di tangan rakyat,” katanya.

Bagainanapun, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat, langkah kerajaan Pakatan Harapan memansuhkan fikawalan doktor perubatan swasta hanya mendorong kenaikan bayaran yang dikenakan.

“Dengan ini, caj yang dikenakan ke atas pesakit tidak lagi dihadkan atau dikawal.

“Klink-klinik swasta kini bebas untuk menaikkan fi sesuka hati terhadap pesakit,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook beliau.

Ahli Parlinen Pekan itu menolak dakwaan bahawa langkah tersebut ‘bertujuan untuk mengukuhkan kuasa pilihan di tangan rakyat’.

“Apapun, saya merayu kepada klinik-klinik swasta supaya kenakan caj  yang munasabah memandangkan ekonomi semakin teruk dan kos sara hidup tahun depan dijangka berlaku lagi  kenaikan harga minyak, harga air dan harga pos serta cukai digital enam peratus yang dilaksanakan,” ujar beliau.

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button