Berita

Anwar Ibrahim Galas Aspirasi Malaysia dan ASEAN di Pentas BRICS

RIO DE JANEIRO, 5 Julai 2025 – Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini selamat tiba di Rio de Janeiro, Brazil, bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS Ke-17 atas jemputan rasmi Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva.

Kehadiran Malaysia sebagai Negara Rakan serta Pengerusi ASEAN tahun ini dianggap satu penghormatan besar yang membuka ruang strategik untuk memperkukuh kerjasama global, khususnya dalam rangka memperkasa hubungan Selatan-Selatan.

Sepanjang persidangan berlangsung, Perdana Menteri dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala bersama beberapa ketua negara dan pemimpin dunia yang turut hadir. Beliau turut akan menyantuni komuniti perniagaan tempatan bagi meneroka peluang pelaburan baharu serta menggalakkan kerjasama ekonomi antara Malaysia dan negara-negara anggota BRICS.

YAB Perdana Menteri turut menegaskan bahawa penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak BRICS kali ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membawa suara ASEAN ke pentas antarabangsa serta memperkukuh keterlibatan Malaysia dalam urus tadbir ekonomi global yang lebih adil dan inklusif.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button