Politik

UMNO, Bersatu mulakan rundingan

JIKA Selasa lalu, hubungan UMNO dan Bersatu dilihat akan retak dan menanti belah selepas UMNO meletakkan syarat baharu untuk meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun ‘keretakan’ itu mungkin akan diperbaiki selepas UMNO dan Bersatu memulakan rundingan melalui wakil kedua-dua parti.

Perkembangan yang memberikan harapan itu dinyatakan oleh Setiausaha Barisan Nasional Tan Sri Anuuar Musa dalam ciapannya di Twitter.

UMNO juga, menurut beliau akan memulakan mesyuarat dengan Pas Ini ini melalui kerjasama dalam Muafakat Nasional.

Katanya, rundingan dan mesyuarat antara UMNO dengan Bersatu dan Pas itu akan berjalan dalam suasana keluarga.

“Saya gembira mendapat tahu wakil umno dan Bersatu sudah pun memulakan rundingan.Begitu juga dgn Pas.Insyallah Isnin ini MN bermesyuarat.

“Semuanya dalam suasana “anak beranak”. Kita doakan segalanya dipermudahkan ALLAH SWT,” ciap Annuar.

Selasa lalu, UMNO meletakkan syarat baharu untuk meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid, di Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan, melalui kenyataan medianya berkata, parti itu membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong PN.-SM

 

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button