Nasional

Anwar gesa pemimpin PKR, PH bangunkan semula negara

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa parti itu dan parti gabungan dalam Pakatan Harapan (PH) untuk bersama rakyat membangunkan semula semangat baharu dan menghentikan permusuhan peribadi serta kaum.

Beliau berkata, sudah masanya untuk kembali membangunkan negara.

“Negara kini dilanda situasi politik yang tidak menentu dan meleset. Kita dihantui dengan pelbagai masalah daripada segi ketidaktentuan ekonomi dan masalah perkauman.

“Saya tegaskan kepada pimpinan dan anggota agar hayati semangat perjuangan dengan merungkai masalah-masalah besar negara melalui agenda reformasi,” katanya seperti dipetik dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Beliau berkata demikian dalam siri Jelajah siri Jelajah Presiden di Selangor malam tadi.

Dalam pada itu beliau mengingatkan pimpinan PKR Selangor mempertahankan negeri itu yang merupakan ‘kubu kuat’ parti tersebut.

“Selangor sebagai hub dan kubu Keadilan akan kita pertahankan. Jangan kita terpukau dengan kilauan harta, kekayaan dan kuasa,” katanya.- SM

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button