Hiburan

Khairul Aming titip pesanan buat anak muda jika mahu ‘content creator’

Pempengaruh media sosial yang terkenal dengan perkongsian masakan, Khairul Aming dinobatkan sebagai pemenang dalam meraih trofi Creator Of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2023 yang disiarkan secara langsung TV3 dan TikTok Malaysia, malam tadi.

Khairul Aming menepati ramalan meraih trofi Creator Of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2023

Sekali gus berjaya menewaskan menewaskan lima pencabar lain iaitu Boss James yang mengendalikan akaun TikTok @bossjames_eo; Lawyer Gandhi (@lawyerghandi); Auntie Purple (@auntiepurple248); Ceddy (@ceddyornot) dan Sally (@nrsalihah).

Dalam pada itu, Khairul sempat memberikan ucapan yang menginspirasikan kepada semua golongan muda yang bercita-cita untuk menjadi pencipta kandugan.

“Kepada anak-anak muda di luar sana yang ingin menjadi ‘content creator’ (pembuat kandugan) teruskan pemebelajaran kerana membuat kendugan media sosial bukan sekadar untuk viral.

“Untuk menjadi relevan dalam Industri awak memerlukan banyak pengetahuan, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan adab,” ucapnya.

Pempegaruh media sosial yang terkenal dengan jenama Sambal Nyet ini telah meraih undian sebanyak 1.3 juta sekali gus mendahului finalis bagi ketegori People’s Choice: Creator Of The Year.

TikTok Award Malaysia yang julung kali diadakan telah berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur dan dipancarkan secara langsung di TV3 pada jam 9 malam 28 Ogos 2023.

Artikle Berkaitan :>

Tak sampai sejam, Khairul Aming jual 10 ribu botol sambal jenama sendiri!

Peminat kandungan kreatif tak sabar nantikan kejutan dalam TikTok Awards

Wanita mohon maaf palsukan Sambal Nyet Berapi Khairulaming

(Visited 167 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button