pilihanPolitik

Anwar dan PH ajak PN untuk pertimbangkan bagi sertai kerajaan perpaduan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak Perikatan Nasional (PN) mendukung kerajaan perpaduan yang ditubuhkan hari ini.

Beliau berkata, saranan itu dibuat bagi membolehkan sebuah kerajaan yang kukuh dapat mentadbir Malaysia.

Anwar mengakui, walaupun reaksi awal PN agak kurang memberangsangkan, beliau berharap pertimbangan sewajarnya dapat dibuat mereka bagi membolehkan hasrat penubuhan kerajaan perpaduan nasional ini dapat dijayakan.

Beliau berkata demikian pada sidang media pertamanya sebaik mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di sini, hari ini.

(Visited 506 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button