Luar NegaraRencah Hidup

Sembur ‘holywater’ guna pesawat ringan

MUNGKIN anda pernah mendengar suatu sindiran berkenaan penipuan air molekul dibacakan ayat-ayat suci.

Sindirannya berbunyi, “daripada jual lebih baik baca ayat-ayat suci dekat empangan air.”

Sindiran tersebut mahu memberitahu tak perlu jual air-air minuman sedemikian sebaliknya apabila dibacakan ayat-ayat suci di empangan maka seluruh penduduk akan dapat manfaat. Mungkin ada yang akan gelak.

Bagaimanapun satu situasi benar-benar berlaku di Bandar Lousiana, Amerika Syarikat.

Sebuah pesawat penyembur air didapati digunakan oleh sebuah gereja katolik, St. Anne Church di sana bagi menyembur ‘holywater’.

Alasannya adalah bagi memberi keberkatan kepada seluruh penduduk dikawasan tersebut daripada ‘holywater’ yang disembur.

Menurut portal berita Huffington Post, jawatankuasa gereja berkenaan menggunakan pesawat yang lazim digunakan untuk menyembur baja dekat kawasan pertanian.

Sebanyak 100 gelen ‘holywater’ digunakan dengan bantuan pesawat berkenaan.

Paderi mudanya, Rev. Matthew Barzare memberitahu, ini merupakan aktiviti menggunakan air paling banyak.

“Saya pernah menyampaikan keberkatan kepada beberapa penduduk tetapi tidak pernah sebanyak ini,” katanya dipetik Huffington Post.

Tambahnya, juruterbang pesawat ringan itu diarahkan untuk membuat semburan dekat kawasan yang mempunyai himpunan orang ramai seperti pasar raya, sekolah dan gereja.

“Saya melihat kaedah ini sebagai salah satu cara untuk memberi keberkatan melalui ‘holywater’ kepada penduduk di pedalaman.

“Paderi Katolik di sini mempunyai tradisi untuk memberi keberkatan kepada penduduk dalam musim cuti sekarang dan ketika cuaca hujan pada awal setiap musim,” ujarnya. – Agensi

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button