Politik

Anwar buat sidang media pengumuman penting 2 petang

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan akan membuat sidang akhar khas 2 petang ini.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, sidang media khas itu akan mengumumkan perkara penting selepas sesi mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negera pagi tadi.

Sidang akhbar khas yang turut menjemput media itu diadakan di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

Anwar selesai mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pukul 11.25 pagi tadi.

Awar yang juga Presiden PKR serta Ketua Pembangkang menghadap Seri Paduka Baginda kira-kira sejam.

Ahli Parlimen Port Dickson itu hanya tersenyum ketika dikerumuni pihak media sebaik sahaja kenderaan Jaguar yang membawa beliau keluar meninggalkan istana.-SM

 

 

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button