Nasional

Anwar bertemu Corbyn, berkongsi pandangan hubungan Malaysia-UK, Gaza

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan tokoh politik Britain Jeremy Corbyn semasa lawatan kerjanya ke London, United Kingdom.

Anwar yang menyifatkan Corbyn sebagai rakan lama berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan kedua-dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.

Selain itu, katanya mereka turut membincangkan isu semasa dunia termasuk gencatan senjata di Gaza yang dijadualkan berlangsung Ahad ini.

“Semoga hubungan mesra ini terus bermakna dan berpanjangan. Insya-Allah,” kata Perdana Menteri dalam catatan di Facebooknya hari ini.

Corbyn ialah seorang Ahli Parlimen dan bekas pemimpin Parti Buruh.

Anwar dalam rangka lawatan kerja ke United Kingdom dari 15 hingga 19 Jan dan selepas itu beliau akan meneruskan lawatan kerja dua hari ke Belgium. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button