NasionalPolitik

Putra bakal jadi GTA, ganding bahu dengan PN pada PRU16?

PARTI Putra pimpinan Datuk Ibrahim Ali dijangka akan dijenamakan semula bersama Gerakan Tanah Air (GTA) yang kemudiannya akan bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Gabungan itu difahamkan bagi membentuk satu pakatan yang kuat untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan (PH) yang kini disokong oleh Barisan Nasional (BN).

Selepas penjenamaan semula itu, Presiden GTA, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan akan mengambil alih jawatan presiden daripada Ibrahim, yang juga sekutu lama bekas perdana menteri itu.

Utusan Malaysia memetik sumber sebagai berkata, GTA akan bekerjasama dengan parti-parti di bawahnya sebelum ini, seperti Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), serta gabungan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin.

“Perbincangan mereka adalah ke arah perpaduan antara GTA dan Perikatan Nasional (PN) sebagai satu permulaan kebangkitan Melayu berkuasa pada PRU16,” kata sumber.
Bagaimanapun, menurut sumber itu, GTA mungkin tidak akan bertanding pada PRN akan datang di enam negeri, sebaliknya hanya menyokong PN.
Katanya, PN yakin dapat meraih sokongan pengundi Melayu sebagai alternatif kepada kerjasama antara Umno dan DAP dalam kerajaan. – SM

Artikel berkaitan > “Walaupun saya umur 97 tapi hati saya ini masih lagi dengan perjuangan orang Melayu” – Tun M

 

(Visited 314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button