Ekonomi

Anwar abang saya – Syed Mokhtar

RAMAI yang kecoh apabila Pengerusi Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mencium tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Lantas semasa ucapan beliau yang julung kali di khalayak ramai Syed Mokhtar mendedahkan keakraban mereka sejak tahun 1984 lagi.

Tokoh perniagaan itu ketika berucap pada majlis perasmian Pameran Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan? menyifatkan Anwar sebagai abang.

Beliau yang menganggap Perdana Menteri itu sebagai abang yang menyelamatkan perniagaannya apabila berjaya mengatur pertemuan dengan Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan perdana menteri ketika itu.

Dr. Mahathir enggan bertemu dengan Syed Mokhtar kerana telah mendengar cerita sikap buruk ahli perniagaan itu.

Bagaimanapun setelah diyakinkan oleh Anwar, akhirnya  Dr. Mahathir bersetuju untuk bertemu dengan Syed Mokhtar.

Anwar jugalah yang mengajar cara untuk bertutur dengan Dr. Mahathir dan akhirnya membolehkan Syed Mohkhtar mendapat projek yang besar.

Menurut Syed Mokhtar, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) telah membuka peluang kepada Bumiputera untuk mendapatkan sokongan melalui Dasar Ekonomi Baharu, ketika itu.
“Hari ini merupakan adalah hari istimewa buat saya … Ini pertama kami saya menyampaikan ucapan (berhubung Anwar) di khalayak ramai.
“Saya dan Anwar mungkin mempunyai perbezaan tetapi masih wujud persamaan iaitu meminati perniagaan.
“Melalui perniagaan, kita mampu untuk melakukan amal dan membantu orang lain,” ujarnya lagi.

 

(Visited 398 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button