Sukan

Kem Malaysia suram tanpa sebarang pingat

Kejohanan Karate Asia ke-19 MITC Melaka

Selepas meraih dua gangsa, atlet karate negara terus kemarau kutipan pingat pada hari kedua Kejohanan Karate Asia ke-19 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka di sini hari ini.

Lima atlet yang menjadi sandaran kesemuanya terkandas lebih awal daripada meneruskan kemaraan ke peringkat akhir.

Mereka ialah H. Sureeya Sankar (kumite lelaki 60kg), Muhammad Arif Afifuddin (kumite lelaki 84kg), K. Gnanasekaran (kumite lelaki 84kg), M. Poovanesan (kumite wanita 55kg) dan Amirah Syahirah Azalan (kumite wanita 68kg).

Dua pingat gangsa yang diraih semalam disumbangkan
S. Prem Kumar bagi acara kumite lelaki 55kg dan Zakiah Adnan dalam kumite wanita bawah 61kg.

Lebih mengecewakan pemenang pingat emas dan perak Sukan SEA Kemboja 2023, Sureeya Sankar tersingkir ke peringkat seterusnya apabila tewas kepada atlet karate dari Thailand, Muekthong Siwakon bagi kategori Kumite lelaki -60 kilogram (kg).

Walaupun Sureeya dan Muekthong terikat dengan keputusan seri 5-5 namun pengadil memberikan kemenangan kepada atlet dari Thailand berdasarkan kutipan mata awal.

“Saya amat kecewa atas kegagalan ini walaupun terikat dengan keputuan seri 5-5 kemenangan memihak kepada atlet dari Thailand.

“Hari ini saya kurang cergas disebabkan demam dan ia sedikit menjejaskan tumpuan saya,” ujarnya ketika ditemui selepas tamat aksi di sini hari ini.

Pada pusingan awal Sureeya tidak menghadapi masalah menewaskan peserta dari Indonesia, Ari Sapura menerusi kemenangan 8-3.

Katanya, dia kini menyandarkan harapan untuk meraih pingat dalam acara kata berpasukan lelaki esok. – SM

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button