Ekonomi

Allianz General bekerjasama dengan Bateriku.com bagi menawarkan Allianz PerlindunganKu untuk komuniti B40

Alianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) telah bekerjasama dengan Bateriku (M) Sdn. Bhd. (BateriKu.com) bagi menawarkan Allianz PerlindunganKu untuk kumpulan komuniti B40 yang berdaftar dengan Bateriku.com.

Kolaborasi tersebut akan membolehkan Bateriku.com , Penyedia Bantuan Tepi  Jalan Berhubung (CRAS) di Malaysia, bekerjasama sebagai ejen Allianz General untuk menawarkan Allianz PerlindunganKu oleh Allianz General dibawah Perlindungan Tenang oleh kerajaan, sebuah inisiatif insurans mampu milik.

Pelanggan Bateriku.com yang sedia ada dan baharu yang layak akan digalakkan untuk menggunakan baucar mereka untuk membeli Allianz PerlindunganKu menggunakan Baucar Perlindungan Tenang (BPT), yang  merupakan sebuah inisiatif kerajaan untuk meringankan beban kewangan untuk komuniti B40 jika berlaku kecederaan akibat kemalangan.

“Sepanjang dua tahun ini, kita telah menyaksikan rakyat Malaysia kurang diinsuranskan. Sebagai penanggung  insurans, fokus kami adalah untuk terus mencari cara yang boleh dilakukan bagi menutup jurang perlindungan,” kata Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad.

“Dengan nilai Bateriku.com dan komitmen teguh kepada pelanggan dan rakan niaga mereka, kami berbesar hati  untuk bekerjasama dengan mereka dalam memacu inisiatif ini bagi melindungi segmen B40.

“Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat menjangkau bahagian segmen yang lebih besar bukan hanya untuk menawarkan mereka penyelesaian insurans tetapi pada masa yang sama untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perlindungan dan menggalakkan mereka untuk mendapatkan perlindungan  yang sewajarnya,” tambah Sean, yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General.

Sejak penubuhannya pada tahun 2014, Bateriku.com telah memacu industri bateri automotif di Malaysia ke arah digitalisasi. Bateriku.com telah berkembang dengan pesat melalui pelancaran model bateri berdasarkan permintaan dengan membina ekosistemnya yang sendiri: melatih hampir 1,000 orang juruteknik (BHero), membangunkan hampir 100 orang usahawan Bateriku.com (BPreneur) dan lebih 3,000 rakan niaga perkhidmatan dan alat ganti automotif (BBuddy).

Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku (M) Sdn Bhd, Azarol Faizi Zakaria Ansari berkata: “Kini Bateriku.com telah  berkhidmat kepada lebih sejuta pelanggan di seluruh negara dan ini telah direalisasikan oleh model berdasarkan permintaan kami, yang didorong oleh kemampuan teknologi kami, pusat hubungan 24/7/365, lebih daripada 100 buah kedai dan ekosistem inklusif kami.”

(Visited 294 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button