Hiburan

Kegembiraan berganda buat Yusry, Lisa lahirkan bayi lelaki pada hari lahirnya

PASANGAN selebriti Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani meraikan kegembiraan berganda dengan menyambut kelahiran bayi lelaki pada hari lahir Yusry. Pelakon jelita, Lisa Surihani selamat melahirkan cahaya mata iaitu bayi lelaki pada pukul 2 pagi tadi.

Berita itu dikongsi oleh Yusry menerusi entri di Instagramnya.

“Alhamdulillah, Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2:30 pagi tadi. Bayi dan ibu kedua-duanya dalam keadaan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Yusry meluahkan rasa syukur atas hadiah sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-48 yang disifatkan cukup bermakna buatnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet dan selebriti lain mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Untuk rekod, pasangan Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira Leanne, 6, dan Yusof Leonne, 4. -SM

(Visited 161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button