Ekonomi

Siapa nak bantah GST lagi?

Yang bantah GST sudah jadi kerajaan. Dan kini berura-ura mahu melaksanakan kembali GST.

Kerajaan yang melaksanakan GST, kini sudah menjadi pembangkang. Jadi siapa lagi yang mahu membantah GST yang kononnya mendera rakyat?

Ketika memuncak bantahan GST dilaporkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim mati ditembak dipercayai oleh dua lelaki bermotosikal sewaktu beliau dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.

Pegawai ketiga tertinggi dalam Kastam yang mengetuai Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri itu dipercayai diekori oleh dua suspek yang menaiki motosikal lebih kurang pukul 8 pagi di Lebuh Wawasan dari arah Dengkil.

Mangsa dibunuh ketika isu panas pelaksanaan GST, walaupun tidak dipastikan kaitannya.

Kejadian berlaku pada 2013, namun GST tetap dilaksanakan pada 1 April 2014, oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun dibantah banyak pihak khususnya pembangkang ketika itu.

Namun seperti dijangka kerajaan hari ini tidak menolak untuk memperkenalkan semula GST yang telah dimansuhkan sebelum ini.

GST dimansuhkan ketika pertama kali Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan pada 2018, selama 22 bulan sebelum ditumbangkan selepas memenangi pilihan raya.

Bagaimanapun setelah menjadi kerajaan kali kedua hasil kerjasama dengan Umno, kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim akur GST adalah penawar kepada situasi ekonomi hari ini yang menjejaskan kewangan negara.

Lantaran itu Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyatakan kerajaan akan mengutamakan strategi untuk meluaskan sumber hasil negara termasuk fokus membangunkan Cukai Keuntungan Modal, yang dijadualkan dilaksanakan pada 2024.

“Kerajaan akan berpegang kepada strategi kami dan terbuka untuk melaksanakan apa jua cara bagi mencapai kemampanan fiskal melalui sumber yang lebih luas.

“Oleh itu, sama ada ia akan menjadi GST, Cukai Keuntungan Modal atau sebarang bentuk cukai langsung dan tidak langsung, kami hanya akan memutuskan berdasarkan kes ke kes atau tahun ke tahun.

“Sebarang pengumuman berkenaan pengenalan cukai akan dibuat menteri kewangan menerusi pembentangan bajet,” katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen pada Isnin.

Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum bersedia melaksanakan semula GST kerana tahap pendapatan rakyat masih rendah.

(Visited 380 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button