Politik

Antilompat parti jadi manifesto PH untuk PRN Melaka

ISU wakil rakyat melompat parti menjadi tumpuan dalam manifesto Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Bertemakan ‘Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan’ penggubalan enakman antilompat parti antara manifesto Pakatan Harapan.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, manifesto tersebut menggariskan tiga teras, enam strategi dan 32 inisiatif.

Turut dijanjikan peruntukkan tahunan setara kepada setiap ahli dewan undangan negeri (ADUN) tanpa mengira parti.

“PH menjanjikan Dana Ihsan Covid-19 iaitu bantuan kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19 di bawah teras Melaka Sejahtera.

“Di bawah teras Melaka Makmur, PH menjanjikan Skim Mikrokredit Harapan iaitu pinjaman mudah lulus sehingga had RM5,000 untuk usahawan,” katanya dalam Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan hari ini.

Manifesto itu turut menjanjikan pengiktirafan kedudukan Ketua Pembangkang setaraf Exco dan mewajibkan setiap ADUN membuat pengisytiharan harta.

“Malah kita akan menjadikan amalan tender terbuka sebagai teras proses perolehan negeri,” jelasnya. –SM

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button