NasionalNegeri

Kerajaan Selangor sedia bantu peniaga di Sungai Buloh

SUSULAN penguatkuasaan terhadap peniaga tidak berlesen di Bandar Baru Sungai Buloh, Kerajaan Selangor pastikan mereka dibantu untuk terus berniaga.

Ini kerana penguatkuasaan itu disifatkan tidak adil hanya disebabkan kewujudan premis perjudian haram dan perniagaan barangan terlarang seperti arak dan rokok seludup.

Justeru peniaga-peniaga kecil tempatan yang membuka gerai di sana turut dikenakan tindakan walaupun mereka melanggar undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bagaimanapun, kerajaan negeri menegaskan tidak akan berkompromi terhadap isu rasuah yang timbul dalam masalah kewujudan premis tersebut.

“Saya sebut bahawa kesalahan seorang kita tidak boleh hukum kesemua dalam kalangan mereka dan kerajaan masih lagi mendokong peniaga-peniaga ini.

BACA > Guru berperanan wujudkan pendidikan berkualiti – Raja Muda Perlis – Suara Merdeka

“Pertamanya, kita tegas dengan isu rasuah yang mana kita masih berpegang pada tidak ada salah sehingga terbukti salah.

“Ini baharu diperingkat siasatan.

“Saya percaya MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) mempunyai integriti yang baik dan kita buka kepada sesiapa untuk menyiasat.

“Tetapi isu judi haram, arak dan warga asing, itu kita tidak kompromi.”

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd. Khairuddin Othman di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di Shah Alam, Selangor.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan ‘Program Selangor Xtiv Virtual Youth Busking’ hari ini.

Katanya, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Negeri (Exco) pagi tadi, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diarahkan untuk membantu peniaga di sana.

BACA > Masyarakat Mandailing Malaysia teruskan semangat keturunan pejuang – Suara Merdeka

Menurutnya, perancangan pemutihan terhadap peniaga-peniaga kecil di sana akan dilaksanakan bagi membantu mereka mematuhi undang-undang PBT.

“Dalam keputusan mesyuarat Exco pada hari ini, kita telah membuat keputusan supaya MBSA membantu peniaga untuk kita putihkan kesalahan-kesalahan yang ada.

“Ada dua isu, iaitu tidak mempunyai lesen dan struktur yang tidak mematuhi peraturan.

“Jadi MBSA akan membantu peniaga di Sungai Buloh bagi meluluskan struktur perniagaan mereka,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia dan Sukan Selangor itu.

Terdahulu, keadaan di Bandar Baharu Sungai Buloh menjadi kecoh selepas satu video tular dan operasi pihak polis terhadap kewujudan premis perjudian haram.

Ia susulan laporan yang dibuat pengasas kepada Hot Burger Malaysia Mohd. Asri Hamid atau Asri Janggut kepada polis berhubung isu tersebut.

Susulan itu, pihak berkuasa MBSA mengambil tindakan menyita gerai-gerai yang dibina secara tidak sah di sana bermula dengan gerai burger miliknya.

BACA > Hina polis, tentera: Asri Janggut dipanggil ke Bukit Aman – Suara Merdeka

Bagaimanapun, Mohd. Khairuddin menambah, isu premis judi haram di sana bukan perkara baharu malah ia disifatkan seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’.

Menurutnya, beberapa tindakan dan penguatkuasaan pernah dilakukan beberapa kali oleh pihak berkuasa MBSA namun tidak dapat mengesan kewujudan gerakan sindiket terbabit.

“Laporan yang saya terima sebelum ini adalah, semua tempat yang disebut itu pernah diambil tindakan oleh MBSA.

“Sebab laporan itu diterima oleh saya sendiri. Tetapi kita tidak tahu pergerakan sindiket ini.

“Jadi, kita perlu bekerjasama dari segi penguatkuasaan dan kena lebih kerap lagi di situ.

“Jadi saya memberi keyakinan kepada penduduk Sungai Buloh dan Paya Jaras bahawa kita akan membantu peniaga kita.

“Kita tidak akan menyekat peluang mereka berniaga tetapi kita harapkan mereka dapat bekerjasama dengan kita untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

BACA > Asri Janggut rayu kemaafan, akui kebodohan diri – Suara Merdeka

“Syarat tak ketat, ia mudah sahaja. Cuma kita minta mereka bersedia dengan dokumen berkaitan,” ujarnya. – SM

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button