Nasional
Trending

Terima pelarian Rohingya bantut usaha kekang Covid-19

KEMASUKAN warga negara asing termasuk pelarian Rohingya dari Myanmar berisiko terhadap usaha kerajaan dalam membendung penularan wabak Koronavirus (Covid-19).

Melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), inisiatif itu menghadkan segala pergerakan sama ada domestik atau ke luar negara termasuk menutup pintu sempadan.

[BACA] Lelaki mengamuk tembak mati 16 orang di Kanada — Suara Merdeka

Usaha berkenaan disusuli dengan amalan penjarakan sosial bagi memutuskan rantaian Covid-19 dalam memastikan graf jangkitan dapat di ratakan.

Justeru, keutamaan haruslah diberi kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu dalam memberi bantuan dan perlindungan daripada jangkitan pandemik itu.

Menurut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, menerima kemasukan pelarian Rohingnya boleh menyebabkan objektif pembendungan Covid-19 tidak tercapai.

Beliau berkata, negara sudah terima terlalu ramai warga asing terutama pelarian Rohingya, keutamaan mesti diberikan kepada rakyat.

“Ramai pelarian memenuhi sebahagian kawasan di bandar utama negara. Justeru, sumber untuk membantu dan memastikan kebajikan mereka terperlihara kini semakin berkurangan.

“Ketidakmampuan negara untuk terus menerima pelarian wajar difahami kerana kita tidak boleh mengambil sumber orang lain bagi membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebooknya hari ini.

[BACA] 26 rakyat Malaysia di Amerika Selatan dibenar pulang — Suara Merdeka
[BACA] Langgar PKP, Menteri Besar Terengganu tampil beri keterangan – Suara Merdeka

Dalam pada itu, tambah Mohamad, negara memerlukan satu penyesaian jangka panjang bagi menangani krisis pelarian dari Rakhine itu.

Katanya, memberi perlindungan sementara kepada Rohingya seperti dilakukan sekarang bukanlah penyelesaian yang mampan dan berfaedah kepada mereka dan negara penerima.

“Di Malaysia sahaja, seramai 150,000 pelarian Rohingnya sama ada berdaftar dengan Suruhajaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) ataupun masuk secara haram yang tinggal.

“Masalah ini bukan ‘one-state problem’. ASEAN dan masyarakat global perlu menggembleng tenaga untuk menyelesaikannya. Jadi, semua agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu bersama-sama ASEAN mencari penyelesaian jangka panjang,” tegasnya.

Menurutnya lagi, ASEAN sepatutnya berhenti daripada berdiam diri dalam isu ini, para pemimpin perlu bersemuka dengan Myanmar dan membantu mengembalikan keamanan di Rakhine.

Terdahulu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya mematahkan cubaan 200 warga Rohingya yang menaiki sebuah bot besar daripada memasuki perairan negara.

[BACA] Pelarian Rohingya bantu kita tanpa kita sedar — Suara Merdeka
[BACA] Migran Rohingya perlu dibantu atas sifat kemanusiaan — Suara Merdeka

Bagaimanapun, tindakan menghalang pelarian itu mendapat kecaman daripada beberapa pemimpin politik di negara ini. – SM

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button