Sukan

Rainbow Devils bantah kerabat raja Qatar ambil alih Manchester United

Penyokong LGBTQ kelab bola sepak Inggeris yang bernaung di bawah panji-panji Rainbow Devils menentang penjualan kelab itu kepada ahli keluarga diraja Qatar.

Mereka gusar hal itu akan menyebabkan diskriminasi terhadap penyokong LGBTQ kelab itu.

Pemilik kelab berkenaan keluarga Glazer berura-ura mahu menjual kelab itu dan kerajaan Qatar sendiri menyatakan hasrat sanggup berbelanja besar untuk mengambil-alih Old Trafford.

Qatar mengharamkan dan memenjarakan mereka yang mengamalkan LGBTQ kerana bertentangan ajaran Islam.

Justeru Rainbow Devils mahukan jaminan mana-mana pihak yang mengambil-alih Manchester United tidak akan meminggirkan penyokong LGBTQ.

(Visited 279 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button