Politik

Annuar puji keputusan Mesyuarat MKT UMNO semalam

KETUA UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa memuji keputusan hasil Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung semalam.

Annuar berkata, MKT UMNO telah mengambil langkah bijaksana kerana tidak mewujudkan sebarang polimik baharu dalam keputusan mesyuarat tersebut.

“Saya merasakan MKT UMNO telah mengambil langkah bijaksana dan cermat tanpa mewujudkan polemik baru.

“Ini masa terbaik untuk berfikir dan cari jalan perbetul kekusutan. Imej dan persepsi rakyat terhadap parti perlu segera di perbaiki. Solidariti perlu di bina kembali,” kata Annuar.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan semalam, MKT UMNO memutuskan tiga perkara.


Mesyuarat itu mahu kerajaan menamatkan segera darurat, wujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat pendedahan dalam buku bekas peguam negara Tan Sri Tommy Thomas dan pemilihan parti.

MKT UMNO tidak membincangkan isu berkaitan kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perikatan Nasional mahupun membincangkan isu beberapa pemimpin parti itu yang dilihat mempunyai pandangan yang berlawanan dengan pucuk pimpinan utama.

Sementara itu Annuar berkata, keputusan UMNO mendapatkan nasihat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan parti adalah tepat.

Tindakan itu membolehkan UMNO berada dalam keadaan siapsiaga dan mematuhi segala syarat yang ditetapkan oleh ROS.

Tambahnya, ROS boleh segera memberikan arahan secara bertulis kepada UMNO tanpa menunggu surat rasmi daripada parti itu.

Beliau juga berkata, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob yang merupakan Menteri Kanan Keselamatan boleh membantu mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diikuti sepanjang pemilihan berlangsung.

“ROS pula tidak perlu menunggu surat rasmi kerana kenyataan akhbar resmi oleh SUA adalah jelas. ROS perlu beri arahannya secara bertulis minggu ini.

“Mengenai mesyuarat dan garis panduan Majlis Keselamatan Negara, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri boleh membantu.

“Saya percaya segalanya bergerak kearah lebih baik. Semoga UMNO terus di perkasa,” katanya.

Dalam mesyuarat MKT semalam UMNO memutuskan untuk menghantar surat kepada Ketua Pengarah ROS dan Ketua Pengarah MKN bagi meminta nasihan dan garis panduan untuk UMNO melakukan pemilihan yang melibatkan 66,287 mesyuarat dan 3.3 juta ahli.-SM

 

(Visited 265 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button