Luar Negara

Lagi kes wanita tertelan fon telinga, AirPod

Kes tertelan fon telinga semakin kerap terjadi. Baru-baru ini terdapat kes di Amerika Syarikat seorang wanita tidak sengaja tertelan fon telinganya.

Wanita terbabit telah berkongsi detik mencemaskan apabila dia menyangkakan fon telinga itu merupakan ubat tahan sakit.

Menerusi sebuah video di Tik Tok, wanita terbabit yang dikenali sebagai Carli menjelaskan bahawa pada awalnya dia perlu mengambil ubat tahan sakit iaitu Ibuprofen dan pada masa yang sama, dia sedang menggenggam fon telinga atau AirPod pada tangan kirinya.

Mungkin kerana kurang sihat, Carli keliru antara ubat dan AirPod maka dia terus menelan fon telinga tersebut.

“Tangan kanan saya ada Ibuprofen manakala tangan kiri ada AirPod. Tapi bila saya telan dan minum air, baru saya sedar yang saya telan itu bukan ubat.

“Saya cuba untuk muntah beberapa kali tapi tidak berjaya,” katanya yang berasal dari Boston.

Menurut Carli, apa yang mengejutkan ialah fon telinga yang ditelanya itu masih bersambung dengan telefon pintarnya.

Tambahnya, fon telinga tersebut telah berjaya dikeluarkan secara semula jadi apabila dia membuang air besar dan imbasan X-ray juga sudah dilakukan dan tiada sebarang kerosakan pada bahagian organ dalaman. -SM

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button