Politik

Annuar Musa, buka ruangan komen di FB – Zahid Hamidi

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyarankan kepada Tan Sri Annuar Musa agar membuka ruangan komen pada hantaran Facebook milik beliau.

Zahid berkata, bekas Setiausaha Agung UMNO itu sepatutnya menerima saranan Ketua Penerangan Barisan Nasional Negeri Selangor, Isham Jalil supaya sentiasa terbuka untuk dikritik.

Kata Zahid lagi, hanya jauhari mengenal manikam. Pencerahan daripada pemimpin akar umbi UMNO. Berhujah berdasarkan fakta dan kenyataan sebenar.

“Saya harap selepas ini ada keinsafan dengan membuka ruangan komen sebagaimana saranan Isham Jalil,” kata Zahid menerusi catatannya di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Zahid turut berkongsi kenyataan Isham Jalil yang membidas Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang sebelum itu, bertindak memperlekehkan kewibawaan Isham sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional Negeri Selangor.

Baca pautan: https://suaramerdeka.com.my/ya-saya-bukan-ketua-cawangan-isham-jalil/

Terdahulu, nama Annuar Musa kembali hangat diperkatakan susulan tindakannya menyifatkan PASLeaks adalah dokumen kosong dan tidak boleh digunakan untuk menentukan pendirian PAS terhadap UMNO.

Dalam kenyataan semalam, Annuar juga membidas ahli UMNO yang sering mempertikaikan kesetian ahli yang lain terhadap parti.

Menurut Annuar, rasa curiga yang ditanam dalam kalangan ahli parti sendiri terhadap rakan dalam parti boleh menyebabkan UMNO menjadi lemah. – SM

(Visited 491 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button