Luar Negara

Menakutkan puluhan pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat bekalan oksigen terputus

Puluhan pesakit Covid-19 yang berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia apabila bekalan oksigen terputus di sebuah hospital di Pulau Jawa, semalam.
Pihak berkuasa Indonesia berkata, sekurang-kurangnya 33 pesakit dengan simptom kritikal dilaporkan meninggal dunia selepas tiada bekalan cecair oksigen diberikan di Hospital Awam Dr Sardjito di Yogyakarta pada Ahad.
Malah ia dilaporkan kerana bekalan oksigen yang dihantar oleh syarikat pembekalan tiba lambat.
Menurut jurucakap hospital, Banu Hermawan, kekurangan bekalan oksigen di hospital terbesar di bandar itu adalah kerana kebanyakan pesakit tiba dalam keadaan tenat.
Sejak Sabtu, 63 kematian akibat COVID-19 dilaporkan di hospital tersebut.
Jumlah kematian kian meningkat walaupun pihak hospital sudah menggunakan tangki silinder oksigen bagi merawat pesakit kronik.
Bekalan oksigen kembali pulih sekitar jam 4.45 pagi Ahad waktu tempatan selepas kira-kira 15 tan bekalan cecair oksigen tiba.
Malah, dalam keadaan kritikal itu, pihak hospital sudah memohon kepada pihak berkuasa kesihatan untuk menyegerakan bantuan.
Indonesia kini bertarung dengan peningkatan kes COVID-19 sehingga menyaksikan sistem kesihatannya hampir lumpuh. – AGENSI
(Visited 548 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button