Auto TravelBerita Auto

Perak Bike Week bakal memeriahkan lagi majlis pembukaan TMP 2024

KELAB Pemilik Motosikal Royal Enfield Perak bersama Kerajaan negeri Perak, Tourism Perak, Didi dan ESP menganjurkan Perak Bike Week (PBW) yang berlangsung dari 29 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024.

Acara ini merupakan salah satu acara memeriahkan majlis pelancaran Tahun Melawat Perak (TMP) 2024 di Silverlakes Vilage Outlet (SVO)

Banyak acara telah disusun khusus untuk peminat motosikal antaranya pameran motosikal, Peraduan Custom Bike, jualan aksesori motosikal, pesta makanan, persebahan muzik serta cabutan bertuah.

Cabutan bertuah utama sempena PBW ini merupakan sebuah motosikal Vespa, sebuah motosikal Royal Enfield 400 scrambler dan paling menarik adalah sebuah motosikal Royal Enfield 650 Continental untuk diberikan kepada pengunjung bertuah.

Tida caj dikenakan untuk pengunjung Perak Bike Week ini, tapi jika anda ingin memiliki barangan istimewa PBW sila klik ke pautan ini untuk mendaftar > PBW2024. – SM

Artikel berkaitan > Koleksi Lima Jenis Motorsikal Royal Enfield Yang Ramai Orang Muda Tak Tahu!

(Visited 1,160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button