Ekonomi

Anna Jobling duta Jamu Mutyara, perkenal produk baharu

BERBEZA di Indonesia, amalan meminum jamu adalah satu kebiasaan yang dimulakan gadis seawal 13 tahun. Namun di Malaysia sendiri amalan ini cukup asing, malah ada yang skeptikal akan keberkesanan yang dijanjikan minuman herba ini.

Tidak melihat ini sebagai halangan untuk memperkenalkan Jamu Mutyara, siapa sangka selepas lima tahun berada di pasaran, Jamu Mutyara kini menjadi antara produk pilihan wanita di negara ini.

Sekali gus berjaya memecahkan stigma masyarakat di negara ini terhadap minuman herba tersebut. Bercakap mengenai Jamu Mutyara yang diformulasi secara turun termurun oleh keluarga pemilik jenama ini Tya Arifin, ternyata wanita yang berasal dari Palembang, Indonesia ini yakin akan potensi produk keluarannya ini.

Pemilik jenama Jamu Mutyara, Tya Arifin bersama duta baharu produknya Anna Jobling. Foto: Zetty Nurhusna

Berbeza dengan jamu tradisional, antara faktor utama mengapa Jamu Mutyara menjadi pilihan adalah melalui rasanya yang enak. Menurut Tya fokus utamanya dalam menghasilkan Jamu Mutyara adalah melalui bahan bahan yang berkhasiat selain mempunyai manafaat yang baik.

“Selalunya jamu kita bayangkan pahit tidak sedap. Sebab itu bila hasilkan Jamu Mutyara lima tahun lalu fokus saya adalah untuk pastikan jamu ini sedap selain mengekalkan khasiat sedia ada.

“Melalui bahan-bahan dalam Jamu Mutyara ini sendiri anda boleh lihat kepentingan untuk tubuh badan kita terutamnya wanita,” jelasnya.

Peka dengan permintaan pengguna, terkini Jamu Mutyara juga muncul dengan produk Jamu Mutyara terbaharu. Berkongsi mengenai Jamu Mutyara dengan formulasi berbeza tanpa gula kini, jelas Tya ini adalah satu lagi kejayaan penting buat jenama ini.

“Kita tahu ramai wanita di luar sana yang memerlukan produk yang menepati pilihannya. Seperti di Jamu Mutyara kami sentiasa mengambil berat akan setiap maklum balas pengguna.

“Melalui formulasi baharu ini kami hasilkan Jamu Mutyara tanpa gula. Namun di sebalik produk baharu ini apa yang penting khasiat yang tersedia dalam setiap produk Jamu Mutyara masih sama.” katanya.

Foto: Zetty Nurhusna

Sementara itu memperkenalkan Anna Jobling senagai duta untuk Jamu Mutyara, jelas Tya dia yakin dengan kerjasama ini dapat memperluaskan lagi golongan sasaran untuk produk keluarannya ini.

“Sebagai antara pelakon popular kini Anna dilihat menjadi pilihan terbaik untuk mewakili Jamu Mutyara.Paling penting bagaimana Anna yang berusia 22 tahun juga yakin dengan keberkesanan Jamu Mutyara ini selain turut mengamalkannya.” jelasnya.

Bersempena perlancaran produk terbaharu ini Jamu Mutyara juga turut dijual dengan harga pengenalan RM69 bermula 18 Ogos ini sehingga 22 Ogos depan. Bagi yang ingin mendapatkan Jamu Mutyara, pembelian boleh dibuat melalui Usahawan Mutyara atau melayari laman web www.mutyara.com. Selain itu produk ini juga boleh didapati di Shopee atau menghubungi kami di talian 012-920 9011.

 

(Visited 385 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button