Nasional

Rumah Ikram Keluarga Malaysia sewa bulanan RM125 untuk rakyat terjejas

NASIB Keluarga Malaysia yang kehilangan dan kekurangan pendapatan atau kehilangan pekerjaan sehingga tidak lagi mampu membayar sewa rumah yang tinggi mendapat perhatian kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah Ikram Keluarga Malaysia yang akan disewakan dengan kadar RM124 sebulan.

Sebagai permulaan 1,000 unit Rumah Ikram Keluarga Malaysia disediakan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Kelantan dan Johor.

Keluarga yang dipilih akan diberikan tempoh dua tahun untuk menyewa unit-unit kediaman berkenaan hasil inisiati Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ismail Sabri berkata, beliau sedar jumlah yang ditawarkan itu tidak mencukupi dan akan menambahkan bilangan kepada 2,000 unit.

“Saya memahami bahawa 1,000 unit rumah di 11 kawasan PPR yang berada di bawah kawal selia dan pengurusan KPKT, tidak mencukupi untuk menjadi tempat berlindung bagi Keluarga Malaysia yang terkesan akibat hilang mata pencarian.

“Ini kerana 139 projek PPR lain telah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri. Justeru, setelah perbincangan antara KPKT dan Pihak Berkuasa Negeri, sukacita saya umumkan bahawa Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah Ikram Keluarga Malaysia akan ditambah kepada 2,000 unit, yang akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 10 ribu isi rumah yang memerlukan,” kata Ismail Sabri.

Ismail Sabri turut mengumumkan, mereka yang akan ditawarkan unit kediaman tersebut tidak perlu membayar sewa bulanan selama enam bulan bermula tarikh kunci diberi.

Kerajaan, menurut Ismail Sabri akan menaggung pembayaran tersebut yang melibatkan peruntukan kira-kira RM3 juta.

Selain itu, Perdana Menteri turut megumumkan program moratorium bayaran sewa kepada penghuni PPR sedia ada di bawah kawal selia dan pengurusan KPKT akan diteruskan sehingga akhir tahun 2022.

“InsyaAllah, langkah ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 10 ribu ketua isi rumah atau 50 ribu penghuni PPR, dengan 8 daripada 8 melibatkan tanggungan kewangan kerajaan berjumlah 18.84 juta Ringgit. 34.

“Inilah sebahagian daripada usaha kita, inisiatif kita, ikhtiar kita untuk Keluarga Malaysia yang memerlukan,” kata beliau.

Ismail Sabri juga berkata, dalam tempoh akan datang pelbagai inisiatif dan usaha kerajaan akan diusahakan demi Keluarga Malaysia.

Jelas beliau, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan di Parlimen dalam masa terdekat bakal menggariskan hala tuju dan pendekatan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia diberi keutamaan.-SM

 

(Visited 427 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button